Tuesday, October 20, 2015

Projek Buat Porch 8 Final

Alhamdulillah.. walaupon porch idaman tak tercapai.. tapi dapat porch macam ni pon dah besar rahmatnya.. Alhamdulillah...

ini porch idaman.. kayu sepenuhnya.. 


Ini la rupanya yang jadi , walaupon tidak kayu sepenuhnya.. 
tapi Alhamdulillah, berjaya juga.


Monday, October 12, 2015

Saturday, October 10, 2015

Rebuild 7 : Siapnya ikat bata


Kerja-kerja mengikat bata, menyusun bata telah siap sepenuhnya.. dan kerja-kerja konkrit atas pula selepas nih.

Projek Buat Porch 6


Okeh.. semua tiang dan alang telah siap tinggal nak buat kibar layar dan juga kuda-kuda.

Thursday, October 8, 2015

Projek Buat Porch 5




Siap sebahagian tiang, terus buat kotak konkrit untuk bahagian alang atas. Sebhagian darinya buat tiang yang lain.

Wednesday, October 7, 2015

Projek Buat Porch 4


Selepas semalaman hujan.. hari ni sambung balik kerja pemasangan kotak untuk konkrit tiang.. oleh kerana sebahagian kotak konkrit ni di gunakan untuk buat dapur, yang mana dah siap tanggal baru lah di bawa untuk buat tiang porch.

Rebuild 6 : Mengikat bata

Setelah siap semua kerja konkrit tiang, kerja-kerja mengikat bata pon bermula..









Tuesday, October 6, 2015

Monday, October 5, 2015

Hujan..


Hujan..

Biarlah ia hujan..
dapat juga bersihkan debu,
agar dapat ku lihat
depan yang cerah..

Biarlah ia hujan..
dapat di cambah benih-benih cinta..
agar dapat ku rasa
bahagia walau sedetik cuma..

Biarlah ia hujan..
dapat juga ku semai..
rasa syukur ku
Hanya pad Mu..

ilhamrasa : aku, sikelu



Saturday, October 3, 2015

Rebuild 4 : Bermula nya pembinaan dapur

Setelah siap nya setting tapak, maka bermula lah pembinaan dengan membuat kotak  lantai, pemasangan besi, rawatan tapak (racun anai-anai) juga  besi tiang.










Projek Buat Porch 2





Selepas dari pembersihan tapak.. terus di masuk kan batu, besi konkrit untuk lantai dan tiang.. tinggal nak masukkan simen lantai sahaja..

Wednesday, September 30, 2015

Rebuild 3 : Tapak dan lantai

Selepas habis sudah rumah lama  di tanggal robohkan.. kerja-kerja tambakan tanah terpaksa juga di tambah. maklum lah beza aras rumah baru dan yang di robohkan lebihkurang 1 setengah kaki. Jadi tak hairan la jika dulu kalau hujan lebat saja.. air akan masuk rumah. Dinding bata yang telah di robohkan di angkat sehingga 1 setengah kaki tinggi dan tanah tambak di sekeliling bata untuk dijadikan kawasan. Lepas ni maka akan bermula lah pembinaan dapur baaru di tapak lama rumah orang tua ku.


menjelang petang bahan-bahan binaan pon sampai.. jadi besok boleh sambung bina.

Tuesday, September 29, 2015

Projek Buat Porch 1

Projek Porch ni tidak lah ter masuk dalam package pembinaan rumah.. pasal pada asal nya nak buat porch yg agak mudah dan bila ada budget sahaja, maknanya bukan dalam masa terdekat lah.. tapi ada bahan-bahan binaan yang lebih dan kontraktor pon tawarkan buat siap-siap .. jadi ok lah buat saja porch dulu.. tinggal lah yang lain2.

kerja pembesihan tapak nak buat porch.

Dek kerana nak porch ni.. terpaksa la aku korban kan mempelam harumanis kat depan tu.. tak pa lah nanti kita tanam lain.. kan. Kerja pembersihan tapak berjalan serentak dengan pembersihan tapak untuk buat dapur.

Monday, September 28, 2015

Rebuild 2: Kerja meroboh dan clearing tapak

Semalam selepas memunggah barang yang di lakukan secara terkejut.. kemudian merobohkan dinding bilik serta dindingbahagian bawah.. hari secara rasminya rmah kayu ni akan di tanggalkan satu persatu dan juga merobohkan dinding batu sepenuhnya .. batu-batu ini akan terus di jadikan asas kepada tapak rumah baru nanti.. tiada piling akan di jalankan.. semuanya di dasarkan pada piling lama  erti kata sambungan sepenuh atas satu lantai.















Sunday, September 27, 2015

Rebuild 1 : Berakhirnya...

Hari Pertama.. 

Kerja-kerja meroboh rumah lama, tinggalan kedua orang tua ku... ada rasa kesedihan juga bagi ku maklum lah.. celik2 mata dah nampak rumah ni.. tempat bermain, tdur makan dan minum berhadapan dengan rumah ni.. dari tidur ramai, lepas dua tido luar bilik sorang sampai lah dapat bilik sendiri.. semuanya dekat sini.. 

Tapi bila tengok balik keadaan rumah ni.. rasa bersyukur juga lah.. di berikan rezeki untuk merobohkan rumah ni.. kalau tidak entah lah.. memang dah tak selamat rumah ni.. penuh dengan anai-anai. Kayu yang mereput...










Friday, September 25, 2015

Rumah lama...


Ini lah rumah lama ku.. ruma pusaka yang di tinggalkan oleh kedua orang tua ku.. ujudnya aku serta kakak2 ku bermulanya disini.. sekian lama bertapk disini sudah beberapa kali perubahan di lakukan. Susah aku nak gambarkan perubahan ini.. hanya tinggal dalam memori ingatan ku jua.. serba sedikit boleh lah aku kesahkan sedikit untuk kenangan bersama. Sebahagian cerita ini adalah dari mulut emak dah sebahagian lagi dari lipatan memori ku.. 

Bermula rumah pusaka ini ialah sebuah rumah ibu yang hanya sebesar, 20'kaki panjang X 10kaki lebar.. diatas tanah keluasa lebih kurang 3/4 relong.. mungkin masa ni ayahku baru kawin dan menetap disini. Itu pun tanah seluas itu di beli dari tukwannya.. entah dah lupa berapa harga pada masa tu.. (macam ada jodoh utk aku buka sejarah lama ni.. dari info mak menakan ku.. harga tanah yang di jual pada ayah ku pada masa tu ialah 1.000 sahaja.. ) Bila dah mula duduk di sini ayah ku tak betah nak mengerjakan bendang (rasanya : kerana susuk ayahku dikhabarkan oleh saudara2 ku, yang dianya lebih putih dari susuk pemuda lain bahkan adik beradiknya yang lain yang mengerjakan sawah bendang ni.. ) lalu di bukanya satu kedai runcit yang pada masa tu payah nak cari orang melayu yang berani berniaga.. 

Alhamdulillah perniagaan ayah ku agak berjaya, bahkan khabarnya mampu bersaing dengan peniaga runcit bangsa lain. Dari meruncit, dia menternak ayam2 telur bahkan kemudiannya memborong padi-padi hasil tuaian orang kampung dan menjual kan kepada kilang. Di masa ini rumah aku juga mulai melalui transformasi. Dari rumah menjadi kedai.. berkembang menjadi reban ayam telur dengan sangkar2 besi nya (yang aku dapat nampak sendiri di zaman kaank-kanak ku - walau dah jadi hutan rimba) dan akhirnya bertambah menjadi gudang menyimpan padi.

Tapi apakan daya.. rancangan Allah lebih mutlak, tiada perancangan yang sebaik Nya.. kerana dia yang lebih mengetahuinya.. Ayah ku di jemput pergi di ketika umurnya masih 40an.. dan aku hanya bermur 4 tahun.. belum mengerti apa-apa. Selepas pemergian ayahku, keadaan sedang keluarga ku berubah.. Emak harus menyara 4 orang anaknya yang 3 masih sekolah, seorang masih kanak-kanak berumur 4 tahun yang agak lasak. Dan kerana keperitan itu kakak ku yang sulung berhenti bersekolah, Seorang lagi berjaya menghabis kan MCE, sementara seorang lagi kakak ku sambung sekolah menengah di Kangar.

Keraana desakan hidup masa tu, kakak ku tidak berhasrat menyambung pelajaran dan mula lah mencari kerja sana sini.. dua tiga kali bertukar kerja, akhirnya menetap bekerja di Kilang di Perlis.. satu satunya kilang yang ada di Perlis masa tu..

sambung lagi...

Tuesday, September 22, 2015

Kerja-kerja mengecat..

Dalam dua tiga hari ni kerja-kerja pon mengecat dah di mulakan.. ruang-ruang besar ambil masa yang lebih cepat dari ruang-ruang kecil.. mungkin kerana ketelitian yang lebih untuk ruang yang kecil...