Sunday, May 31, 2015

Progress semalam...

OK semalam bermula lah kerja-kerja membuat kotak untuk upper beam... Setelah sepanjang minggu ni nak habiskan kerja-kerja mengikat bata.... Tapi ada juga sebahagian yang belum siap ya bakal disudahkan nanti...

Rancangnya boleh la masuk konkrit sekali petangnya tapi apakan daya... Hujan turun dengan lebatnya maka esoknya sajalah sambung Balik.

image



image

Friday, May 29, 2015

Eh Cuti lagi?

Aduhai Cuti lagi gayanya depa ni.. Tak apa lah.. Mungkin banyak perlu Di beres kan kat sana kot...

image


image

Wednesday, May 27, 2015

Sambung kembali..

Hari ni... Tepat jam 08.15 Dah tersembui depa sampai depan Rumah.. Tak sempat nak chit chat bagai dah mula buat kerja.  Terus pegang bata, yang pegang simen mixer, yang pegang besi...


image



OK kita sambung kerja dulu...

Cuti lagi..

Hari ni depa pakat Cuti lagi... Mungkin depa kena angkut pergi ke projek lain... Ini salah satu kelemahannya bila tangkap kontraktor  yang ada dua tiga job.. Kejap ke sana kejap ke sini...

Walapun begitu progress kerja kemarin laju juga 4 orang buat bata Dan 2 orang bust kerangka besi untuk upper beam.. Bila Dah siap upper beam maka kerangka bumbung akan bermula..

Sementara hari ni depa Cuti.. Belanja gambar kerja kemarin..

image

image

image

Monday, May 25, 2015

Bekalan Dah sampai.

Balik Dari kerja ptg ni, tengok2 Lori bata baru saja sampai, Alhamdulillah besok Dah boleh sambung kerja Dah....

image

Saturday, May 23, 2015

Projek tertangguh...

Oleh kerana hujung minggu, penghantaran bata terhenti seketika, jadi tiada kerja yg dpt dijalankan 

image

image

Friday, May 22, 2015

Hari ni Cuti..

Hari ni pakat2 depa bercuti... Hm tak pa lak kasi chance depa rest sat no... Sambil tu kita belanja gambar dapur dan ruang makan yang belum siap ni

image

image

Thursday, May 21, 2015

Frame pintu

image

image



Hari ni masih lagi kerja-kerja. Mingikat bata mask berjalan... Selain Dari tu, frame pintu Di beberspa bilk.

Monday, May 18, 2015

Kerja mengikat bata

image

wpid-img_20150518_101709.jpg

Hari ni dah masuk hari ketiga kerja-kerja mengikat bata di jalankan.. sambil-sambil tu sempat juga buat kerja-kerja konkrit tiang.. oleh kerana acuan tiang hanya ada.. maka terpaksa lah berganti-ganti membuatnya..

Saturday, May 16, 2015

Tiang lagi..

Hari ni masih lagi proses membuat tiang.. dengan acuan tiang hanya ada 5 sahaja.. jadi perjalanan menjadi sedikit perlahan. Bagamana pon progres tetap berjalan lancar. Oleh kerana  kami tidak menetap kan dateline maka mereka bebas untuk membuat jadual sendiri.
IMG_20150517_191124 IMG_20150517_191045 IMG_20150517_191124 IMG_20150517_191315 
IMG_20150517_191436

IMG_20150517_191504

Thursday, May 14, 2015

Bina tiang..

Selepas 3 hari simen konkrit lantai dia biarkan, sementara nak menanti sampai nya pasir , projek terhenti seketika.. yang ada pon datang jengok dan buat besi untuk konkrit tiang.. masuk hari ketiga pasir pon dah di hantar maka kerja-kerja untuk tiang di mulakan.

IMG_20150515_081454 IMG_20150515_081517

Sunday, May 10, 2015

Lantai kasar

Selepas tanah sia di mampatkan.. maka proses membuat lantai kasar di mulakan. Sebelum di masukkan konkrit racun anai-anai di masukkan, di tabur ke tanah.. kemudian di hampar plastik biru sebelum di letakkan dawai BNC.. dah siap semua tu baru lah di masukkan simen konkrit.

IMG_20150511_083010 IMG_20150511_083019




IMG_20150511_125558 IMG_20150511_125609 IMG_20150511_173219 IMG_20150511_174054 IMG_20150511_174101 IMG_20150512_070339


Kerja-kerja lantai ni berakhir dah dekat nak Maghrib dah.. tak dapat nak siap kan sepenuhnya kerana pasir tak cukup.. isk sikit sangat dah tinggal.. tapi apa nak bnuat dahmemang tak cukup.. jenuh depa dok kikis kat bawah tu.. tapi tak cukup juga,,

Memampatkan tanah..

image

image

image

image



Setelah siap masuk tanah ke dalam beam.. ia di tekan dengan compactors manual bagi memampatkan tanah.. dengan ini sedia untuk di masukkan konkrit lantai

Tuesday, May 5, 2015

Memenuhi tanah ke dalam ground beam

image

image

image



setelah beam siap dan cukup kering maka mula kerja-kerja memasukkan tanah ke dalam petak-petak beam. sehingga kini dari kerja penambunan tanah di tambah beam sudah tinggi 2 kaki setengah dari paras tanah ( 1 kaki tanah + 1 1/2 kaki beam atau lebihkurang 30inci)